Satu Malam Di Hawa Resort, Janda Baik

Aku dan sepupuku, Sofea bergambar di hadapan sungai setibanya kami ke sini

Sebelum cuti sekolah bermula, aku dah pun pergi bercuti dulu bersama keluarga. Perancangan percutian ni sebenarnya tak lah begitu lama. Kaum keluarga bincang punya bincang lepas tu terus jadi dek kerana duit pun sudah dikumpul dari awal tahun. Itu yang menariknya keluarga besar kami. Kami akan menyimpan duit untuk aktiviti hujung tahun beramai-ramai.

Setelah mencari sana-sini dan terpengaruh dengan artikel-artikel menarik di carian Google, akhirnya kaum IbuBapa memilih lokasi percutian ke Hawa Resort.

Jom aku kongsikan sedikit pengalaman berada di sana.

Hawa Resort Chalets, Janda Baik

Bertolak dari rumah ibu saudara aku, atau dipanggil MakSu di Rantau, Negeri Sembilan mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit. Lebih kurang 7 ke 8 buah kereta juga kami bergerak seiiring menuju Janda Baik untuk satu malam percutian di sana.

Hawa Resort, Janda Baik, Pahang

Terkenal dengan suasana yang menghijau, Janda Baik memang menjadi pilihan kepada pelancong yang ingin berehat dan menikmati keindahan seperti berada di kampung. Aku memang terpesona dengan alam semulajadi yang secara peribadinya memang meminati suasana seperti itu. Sudak jelak dengan kesibukan di Bandar Seremban, aku seronok dapat menenangkan minda dan mata melihat suasana nyaman di situ.

Kami tiba lebih kurang jam 10.30 pagi. Setibanya kami di sini, kami tidak teragak untuk check-in bilik yang sudah lama kami tempah itu. Okay, memandangkan aku ni masih bujang dan masih bersekolah, pastinya aku berkongsi bilik dengan keluargaku. 



Selesai check-in bilik, aku dan sanak-saudara tidak lewat untuk terjun ke sungai yang mengalir deras dan sejuk itu. Pemandangan sungai di hadapan bilik kami memang sangat seronok dan mendamaikan. 





Perasaan ketika itu memang penuh dengan keterujaan. Hilang seketika permasalahan di sekolah dan apa sahaja yang bermain di fikiran. Yang penting sekarang di hadapan mata ini. Bersama saudara-mara dan keluarga berseronok mandi-manda di sungan yang sangat sejuk.

Selain itu, tidak ketinggalan untuk kami lakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti berbual mesra, bbq dan karaoke di malam hari, jalan-jalan melawat kawasan sekitar Hawa Resort dan tidak lupa juga aktiviti makan dengan penuh keceriaan.

Nyamuk?

Yang peliknya sepanjang kami di sana tidak ada langsung yang datang menggigit. Mungkin kerana nyamuk pening tengok ramai sangat di kalangan kami ni. Tak jadi nak datang kan. Hehehe...




Ibuku bersama adik-beradiknya

Ibuku bersama cucu saudaranya


Sesi BBQ bersama


Ayahku yang kelaparan

Sesi Fotografi

Sudah tentu, tempat cantik sebegini sangat mesra fotografi. Semenjak melihat gambar-gambar di Internet, aku dah mula terbayang sesi fotografi yang akan dilakukan oleh kakak saudara dan suaminya iaitu LeYa dan Otomen Taro

Kami bergambar bersama sebelum pulang di hari Ahad.

Cerita poyo aku memang suka bergambar bajet-bajet cun. Hahahaha...

Tapi bila tengok balik, memang comel dan cantik pun gambar-gambar kami, lebih-lebih lagi aku. So, mohon jangan muntah ye... Hahaha...


Family Clan aku

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan chalet ini. Selesa dan menepati citarasa percutian kami sekeluarga. Tenang dan mendamaikan. 

Untuk korang yang mungkin nak datang ke sini, bolehlah tengok maklumat lanjut di bawah ini:

Tel : +603-7710 6717
Alamat : Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, Bentong, Pahang, Malaysia

LF PRODUCTION | Pengalaman Photoshoot Bersama Photographer Di Batu Kurau, Perak


Minggu lepas, aku sempat menghadiri sesi fotografi bersama LF Production di lokasi sawah padi yang cukup cantik di Batu Kurau, Perak. Sepanjang sesi fotografi aku dan beberapa lagi saudara di situ memberikan banyak pengalaman bersama LF Production. Rasanya, kalau korang tengah mencari Photographer, LF Production lah jawapan kepada persoalan korang selama ini. LF Production ni bertapak di Seri Kembangan, Selangor dan memberikan perkhidmatan fotografi dan videografi di luar kawasan, lebih-lebih lagi yang melibatkan perkahwinan. Bukan setakat itu sahaja. LF Production juga menyediakan servis video korporat, filem pendek dan sebagainya. Aha... senang cerita, apa sahaja yang melibatkan bidang fotografi dan videografi ada di LF Production

Pengasas LF Production

Pengasas dan Pengurus, LeYa dan Otomen Taro

Illya Farhana atau lebih dikenali dengan nama LeYa merupakan pengasas LF Production dan beliau bermula sebagai Wedding Photographer di majlis perkahwinan abang beliau pada tahun 2011 dengan berbekalkan modal hanya bawah RM2,000. 

LeYa juga merupakan bekas pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka dalam bidang Ijazah Sains Komputer (Pembangunan Perisian). Beliau meneruskan kerjaya beliau dalam bidang itu di salah sebuah syarikat terkemuka di Cyberjaya dan menjadikan minat beliau dalam fotografi sebagai part-time kerja sehingga membawa nama LF Production di arena tanah air.

Pengasas dan Pengurus, LeYa dan Otomen Taro

Kemudian, setelah LeYa berkahwin, sentuhan LF Production semakin kelihatan cantik dan berseri dengan kehadiran Pengurus kedua iaitu Faizol Hafizi atau dikenali dengan Otomen Taro. Selaku suami dan Photographer, Otomen Taro menjalankan tanggungjawabnya mengambil gambar dengan sangat menarik sekali.

PhotographerLF Production, Otomen Taro dengan stylenya

Pengalaman WaFa Photoshoot bersama LF Production

Okay.... Aku gerak dari Seremban pada hari Khamis malam dan bermalam di rumah Opah, saudara ku di sana. Sebenarnya, ini adalah kali pertama aku dalam menghadiri sesi fotografi dan bekerjasama dengan LF Production. Sesi fotografi dijalankan pada pagi hari Ahad di sekitar sawah padi yang terbentang luas di daerah Batu Kurau, Perak. 


Yang bestnya bilamana aku dapat lihat hasil karya LF Production yang begitu menarik dan sangat berpuashati. 

Saat melangkah kaki masuk ke bendang, aku jadi takut sedikit apabila terbayangkan lintah atau pacat jika tiba-tiba muncul di kakiku. Namun, dek sebalik ketakutan ku itu, dapat juga sesi fotografi selesai dengan jayanya. Aku menjadi kagum dan WoW!!!. Gambar-gambar yang dihasilkan sangat cantik. Penggunaan lighting yang cantik untuk menghasilkan karya yang mantap. Syabas LF Production! 

Jadinya, tanpa buang masa korang jom tengok gambar-gambar menarik Wafa ketika membuat sesi fotografi di Batu Kurau, Perak pada Ahad lalu bersama LF Production.






Maklumat lanjut mengenai LF Production, boleh didapati seperti di bawah:-


Alamat | No 22, Jalan LEP 3/7, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Aku memang pasti korang tidak akan kecewa memilih LF Production sebagai fotografi dan videografi korang. Aku sendiri suka dan berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Jadi! Jangan tunggu lama-lama! Terus bertindak sekarang! Hubungi LF Production untuk sesi photoshoot korang.

Cara Paling Senang Untuk Buat Kerja Amal Guna Smartphone Je!

Pepatah ada mengatakan tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Tapi, adakah cara yang paling mudah untuk membantu golongan yang memerlukan ini?


Jeng... Jeng... Jeng... Jom WaFa perkenalkan cara paling mudah dan berkesan di zaman teknologi canggih ni! Hanya guna SmartPhone je korang dah boleh membantu golongan yang memerlukan. Nak tahu macam mana? Jom klik gambar di bawah:

Cara Paling Berkesan Buat Kerja Amal

Kisah Budak Sekolah

WaFa masik budak school lagi. WaFa sekarang ni di Tingkatan 4 dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shamsudin Nain, Rantau, Negeri Sembilan. Tinggal beberapa bulan lagi nak cuti sekolah dan nak melangkah ke Tingkatan 5. OMG!!! Next year SPM laa... Nampak gayanya mesti blog ni suam-suam kuku semula. Hehehe...


Jadinya... sebelum menjadi suam-suam kuku, meh WaFa belanja gambar-gambar kenangan bersama kawan-kawan di sekolah. Macam-macam aktiviti yang kami lakukan. Dari yang aktiviti kokurikulum dan aktiviti santai. 
 

Life WaFa di sekolah sama je macam kawan-kawan yang lain. Datang sekolah untuk menimba ilmu. Terkadang ada juga lah main-main bila cikgu tak masuk kelas. Itu lumrah bagi WaFa. Semua ada lakukan perkara sama. Hahaha... Atau mungkin yang tak buat tu dianggap 'budak skema' atau memang jenis tak suka berkawan.
 


Di bangku sekolah menengah ni, WaFa agak mula aktif dengan pelbagai aktiviti kokurikulum. Di sekolah, WaFa mewakili Kelab Bola Jaring dan pakaian beruniform Kadet Remaja Sekolah. Selain itu, WaFa bergiat aktif dalam aktiviti Bahasa Melayu seperti bersajak dan bercerita. Dek kerana minat bercerita itulah, WaFa mula menanam minat untuk menulis di blog kesayangan WaFa ni.



Kehidupan WaFa dan kawan-kawan di sekolah dicoretkan momen indah agar senantiasa diingat bilamana sudah dewasa nanti.

Jom Jimat Makan Korang Setiap Hari Dengan Subway Value Meals!

Siapa suka makan SUBWAY?
 
To me, memang sedap sangat kalau hari-hari dapat makan makanan Subway ni. Sebab memang favourite Wafa makanan Western ni.
 
 
So... lepas Wafa tertengok satu iklan Subway di website ni, Wafa jadi tak keruan nak makan Subway hari-hari. Malangnya kat Rantau tak ada kiosk Subway lagi. Huhuhu... Sedih..
 
SUBWAY dah pun umumkan Makan Malam Setiap Hari dengan kadar harga yang sangat berpatutan. Hanya RM11.90, korang akan dapat 6" sub, minimum 16oz dan juga cookies yang lazat! Ada 5 pilihan menu Subway yang korang boleh nikmati.
 
Nak tahu lebih lanjut tentang promosi Subway Everyday Value Meals ni, jom klik pada banner di bawah:-
 
Subway Everyday Value Meals
 


Baby Pyjamas Clearance Sales

Assalamualaikum...

Hujung-hujung minggu di waktu cuti ni, apa kata Wafa nak ajak korang semua cuci mata lagi dengan koleksi pakaian bayi dan kanak-kanak yang comel dan cantik-cantik kat bawah ni..

Jom semua...

BABY PYJAMAS
 
Harga: RM32 sepasang
PosLaju: RM8 SM / RM12 SS
* Caj pos untuk sepasang.
** TIADA booking & COD.
 
Size:-
3-6M
6-12M
12-18M
18-24M

WhatsApp WaFa 011-1077 1140 untuk order.
(Tak perlu save nombor, klik je www.wasap.my/601110771140)
Sila nyatakan kod baju/gambar dan saiz untuk kami semak stok.